Rekaan pelamin & tiada SOP jadi bukti Hannah Delisha nikah tahun lalu?

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru sahaja bergelar isteri pada 18 Februari lalu, sejak semalam media sosial kecoh apabila mendakwa perkahwinan Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah tidak mendapat restu oleh ibu pelakon tersebut iaitu Noor Ashikin Ahmad.

Masih belum ada penjelasan akan perkara tersebut kini, lagi sekali timbul dakwaan mengatakan Hannah Delisha atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch dikatakan telah berumah tangga sejak setahun lalu melalui pendedahan di Cari Forum.

Ibu bagi ‘hint’ dari 2020 lagi

Berdasarkan Cari Forum, pihaknya mendakwa Noor Ashikin atau mesra disapa Kakcik Wujud telah lama memberi ‘hint’ mengenai anak perempuannya menerusi sebuah posting di Instagram pada 22 Februari 2020.

Difahamkan, ibu kepada aktor tersebut tumpang gembira melihat majlis perkahwinan dua pelakon wanita Zahirah MacWilson dan Emma Maembong.

Malah, Noor Ashikin juga berkongsi sedikit akan akhlak pasangan yang baik dimana bukan bersifat biadap terutama dengan orang yang lebih tua.

“Baru lah boleh menjadi pembimbing yang adil dan bijak. Bukan yang penuh kebiadapan yang keterlaluan.. sehingga tidak mengenal cara berdepan dengan orang yang lebih tua,” tulisnya.

Reka bentuk pelamin sama?

Tak hanya itu, dakwaan tersebut dikuatkan lagi apabila posting milik pelakon, Eleena Sui bertarikh 19 Februari 2020 yang duduk seorang diri di atas pelamin malah miliki reka bentuk sama seperti majlis pernikahan Hannah pada ‘19 Februari 2021’.

Sehubungan dengan itu, warganet juga mempersoalkan mengapa keluarga pasangan pengantin mengambil gambar tanpa menjaga jarak sosial dan tidak memakai mask yang menguatkan lagi dakwaan pelakon tersebut berkahwin pada tahun lalu.

Sebelum ini, Noor Ashikin berkongsi kata-kata puitis di Instagram termasuk meletakkan tanda pagar #IbuTidakRestu sehingga mendapat perhatian dalam kalangan warganet.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen