"Saya mohon maaf." - Hannah Delisha buka mulut dan minta ruang berkenaan isu peribadinya

Sejak awal minggu ini, nama aktres kelahiran Singapura iaitu Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch menjadi bualan hangat orang ramai di luar sana apabila satu demi satu kenyataan muncul berkaitan dengan rumah tangganya sehingga menimbulkan tanda tanya.

'Ibu Tidak Restu'

Dimulai dengan puisi tulisan ibu Hannah sendiri iaitu Noor Ashikin Ahmad yang bertajuk 'Ibu Tidak Restu' seperti memberi bayangan kepada peminat dan orang ramai bahawa rumah tangga yang dibina oleh anaknya itu tidak mendapat restu darinya.

Namun hal itu tidak diulas lebih lanjut, hanya puisi yang dikongsikan membuatkan timbul bermacam-macam spekulasi dan andaian orang ramai.

Ibu mentua dedah perkara sebenar

Di susuli pula dengan kenyataan ibu Imam yang merupakan ibu mentua kepada Hannah Delisha yang memaklumkan bahawa sebelum ini menantunya itu mengalami kesulitan dalam memperbaiki hubungan dengan ibu kandungnya setelah sekian lama.

Bagaimanapun, posting yang dimuat naik oleh ibu mentua Hannah iaitu Marianna Yati jelas sekali mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.

Hannal tampil memperjelas

Pun begitu, pada malam semalam aktres itu telahpun memuat naik satu kenyataan di Insta Story miliknya berhubung dengan khabar angin yang tular di media sosial sejak beberapa hari ini.

"Sama seperti anda, saya pun mempunyai masalah peribadi. Saya mohon maaf yang ia sudah sampai ke pengetahuan umum."

 

Minta ruang dan doa orang ramai

Ujar Hannah dalam kenyataannya. Dia juga tidak menyangka isu itu sampai ke pengetahuan umum dan meminta maaf sekiranya kontroversi yang sedang melanda dirinya ketika ini menimbulkan rasa kurang senang peminat dan segelintir pihak.

Tambah Hannah lagi, apa yang diharapkan pada ketika ini agar orang ramai mendoakan yang tebaik dan memberi ruang kepadanya melalui saat sukar ketika ini.

"Apa yang saya harapkan ialah doa anda semua dan agar saya diberikan privasi dalam menghadapi detik-detik sukar ini."

-Hannah-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen