Hak Isteri Dalam Perkahwinan: Hak Mendapat Bimbingan & Tunjuk Ajar.

HAK MENDAPAT BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR.

Isteri berhak menerima bimbingan dari suami dan tunjuk ajar serta nasihat darinya sama ada dari sudut pendidikan agama, pergaulan sesama saudara baik dari sebelah isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga,cara berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya. Suami juga berhak mengajar isteri cara mendidik anak dengan betul malah isteri dan anak-anak berhak mendapat contoh akhlak yang terpuji dari suaminya sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w.

Ertinya:” Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah menyakiti jiran tetangganya, dan hendaklah kamu berpesan tentang berbuat baik terhadap perempuan kerana sesungguhnyaperempuan ini dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, sebengkok-bengkok tulang rusuk itu yang atasnya, sekiranya engkau cuba membetulkannya ia akan patah dan jika sekiranya engkau membiarkannya dia akan terus bengkok, oleh itu maka hendaklah engkau sentiasa berpesan tentang berbuat baik kepada perempuan”.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Ertinya:Rasulullah s.a.w bersabda:”setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya,dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya…..(HR Ahmad, Abu Dawud dan Tirmizi)



Begitu juga suami wajib memelihara isterinya dari segala perkara yang boleh mencemarkan kehormatannya dan menjauhkannya dari perbincangan yang tidak baik. Begitu juga dalam mendisiplinkan isteri, suami berhak mendidik dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada isteri. Dalam sebuah hadith lain, sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Lelaki terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Ertinya: “hai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang keras yang tidak menderhakai Allah atas perintah-Nya dan selalu taat pada apa yang diperintahkan kepada mereka” (at-Tahrim:6)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab menjaga ahli keluarganya termasuk isteri dari segala macam perbuatan dosa ataupun syirik. Ia juga menegaskan hak isteri untuk dijauhkan dari perbuatan dosa dan maksiat. Jika isteri nyata telah melakukan perbuatan dosa maka wajblah suami mengambil tindakan. Namun begitu terdapat juga suami yang mengajak isterinya melakukan dosa dan maksiat, maka suami ini telah derhaka terhadap isterinya dan terhadap Allah kerana tidak menjalankan tugasnya untuk mendidik dan menjauhkan isteri dari perbuatan dosa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen