“Agih tuala wanita tepi jalan memalukan?” -Tony Eusoff bengang komen negatif netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru sahaja menyambut Hari Wanita sedunia pada Isnin lalu namun, hari ini telah kecoh di laman Twitter akan pengagihan tuala wanita yang dianggap objek memalukan sesetengah pihak.

Semalam, tular akan laman kumpulan politik di Facebook yang mengkritik program anjuran perwakilan wanita di Johor yang mengagihkan tuala wanita kepada orang ramai di tepi jalan.

Tuala wanita bukan objek memalukan

Sehubungan dengan itu, pelakon Tony Eusoff tampil bersuara dengan sikap pengguna laman sosial Facebook yang menganggap tuala wanita itu objek yang memalukan.

Menerusi laman Twitter miliknya, Tony menyelar akan tindakan tidak beradab segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fahaman bersifat seksis.

Menurut Tony, dia bagi seorang lelaki tidak mempunyai masalah akan tuala wanita malah, perkara tersebut adalah satu perkara biasa yang tidak patut dipertikaikan.

“Benda ni normal tak patut jadi isu”

Susulan itu, rata-rata pengguna Twitter lelaki seakan-akan menyokong tindakan Tony malah turut berkongsi pengalaman pernah membelikan tuala wanita buat pasangan mahupun adik beradik perempuan mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen