Pentas GV7 pertemukan dua hati, Ashira dan Bad kini sah bergelar suami isteri

Semalam merupakan hari bersejarah buat Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Abdul Aziz apabila sah bergelar isteri kepada Bad daripada kumpulan Indigo hanya dengan sekali lafaz.

Pernah memasuki pentas nyanyian Gegar Vaganza tahun lalu dan siapa sangka cinta mereka mula berputik sewaktu bersama-sama menyertai rancangan tersebut dan akhirnya bibit-bibit cinta itu diakhiri dengan pernikahan.

Kehadiran keluarga terdekat

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Ashira iaitu Syed Abdul Aziz Syed Alwi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan dihadiri keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak.

Penerimaan anak-anak

Di samping itu, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izham meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar sehingga selesai.

Tambahnya lagi, memandangkan itu bukanlah perkahwinan pertama mereka dan bercakap pula tentang penerimaan anak-anak mereka berdua, Bad menyatakan bahawa anak-anaknya terbuka menerima kehadiran Ashira dalam keluarga mereka dan begitu juga bagi pihak Ashira yang menerima Bad dalam keluarganya.

"Syukur anak-anak kami terbuka dan menerima antara satu sama lain. Anak-anak pun dah panggil Ashira, mak."

-Bad-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen