Sekian lama menyulam cinta, Risteena dan Isa Khan selamat diijab kabulkan

Majlis yang sepatutnya berlangsung pada tahun lalu terpaksa ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun siapa sangka, jodoh mereka masih kuat sehinggalah pada hari ini pasangan selebriti Risteena dan Isa Khan akhirnya selamat diijab kabulkan.

Walaupun tidak dilakukan secara besar-besaran tetapi kehadiran keluarga terdekat sudah cukup tampak meriah di hari bahagia mereka hari ini.

Dihadiri keluarga terdekat

Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu hanya dihadiri keluarga terdekat serta dilakukan mengikut protokol kesihatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Tahniah buat kedua-duanya

Berikut merupakan antara video akad nikah yang telah dikongsikan oleh Risteena menerusi Instagram miliknya.

Didoakan semoga masjid yang dibina pada hari yang mulia ini berkekalan hingga ke Syurga. Tahniah diucapkan buat Risteena dan Isa Khan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen