Hak Isteri Dalam Perkahwinan: Hak Bersuara.

Kebebasan bersuara bermaksud seseorang mumpunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya dalam apa jua perkara sama ada umum atau khusus dan samada pendapat itu bersesuaian atau bertentangan dengan pendapat umum (abdul kareem zaydan.1997.210). Di dalam sesebuah institusi rumahtangga suami isteri mempunyai hak untuk mengutarakan apa jua pendapat yang dapat membina dan menjamin kerukunan dan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Hak isteri bersuara menyatakan haknya juga dibenarkan di dalam islam lebih-lebih lagi jikalau haknya tidak ditunaikan oleh suami. Sekiranya isteri bersuara untuk mendapatkan haknya yang telah diingkari oleh suami, tidaklah wajar bagi suami mengatakan bahawa isterinya telah menderhakainya sedangkan si isteri sedang memperjuangkan haknya yang telah diabaikan oleh suami. Akan tetapi dalam keadaan ini isteri haruslah pandai memainkan peranannya supaya apa yang akan disuarakannya itu dapat disampaikan dengan cara yang bijak dan berhikmah. Di dalam Al-Quran jelas menerangkan kepada kita bahawa wanita mempunyai hak untuk bersuara menyatakan hak-haknya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah ayat 1:

قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Ayat ini diturunkan kepada Khaulah binti Tha’labah yang datang mengadu kepada Rasulullah perihal suaminya yang telah menziharkannya sedangkan beliau telah menghabiskan seluruh hayatnya untuk suami dan melahirkan anak-anak untuknya serta telah menhabiskan hartanya untuk suami sehingga Allah sendiri menjawab pertanyaannya dalam ayat ini tentang hukum zihar2. Ini menunjukkan wanita mempunyai hak bersuara supaya dapat memastikan haknya tidak dicerobohi sesuka hati dari pihak suami. Terdapat juga hadith yang menegaskan bahawa isteri mempunyai hak bersuara untuk mempertahankan haknya. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhary tentang seorang hamba wanita, Barirah yang telah dibeli oleh Aisyah r.a dan kemudiannya dimerdekakan oleh Aishah r.a, sedangkan Barirah mempunyai suami, Mugith yang juga hamba ketika itu. Menurut hukum islam jika seorang hamba wanita yang berkahwin ketika menjadi hamba, wanita ini boleh memilih sama ada untuk terus kekal menjadi isteri kepada suaminya yang masih lagi ataupun berpisah.



Dalam kisah ini suami Barirah menangis teresak-esak ketika Barirah memilih untuk berpisah daripadanya, peristiwa ini disaksikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri hingga timbul perasaan simpati kepada nasib Mugith yang amat menyintai isterinya, sedangkan isterinya tidak.

Rasulullah berkata kepada Abbas: “Wahai Abbas, tidakkah engkau berasa simpati dengan cintanya Mugith kepada isterinya, sedangkan isterinya amat membencinya?”.

Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepada Barirah: “Kalaulah engkau menarik balik kata-katamu tadi dan menerima kembali suamimu”.

Jawab Barirah:”Ya Rasulullah adakah engkau menyuruhku berbuat demikian?”

Jawab Rasulullah: “Aku cuma memberi pendapat”.

Jawab Barirah:”Aku tidak mahu menarik balik kataku tadi (tidak mahu kembali kepada suaminya).



Jelaslah di dalam hadith ini bahawa isteri mempunyai hak untuk bersuara atau memberi pendapat dan di dalam hal ini Rasulullah s.a.w tidak mengingkari keputusan yang dibuat oleh Barirah. Begitu juga dengan kisah Umar al-Khattab yang sedang berkhutbah di atas mimbar memberitahu agar mahar untuk para isteri tidak boleh lebih daripada 400 dirham, lalu ditegur oleh seorang wanita mengenai perkara tersebut dan Umar meminta maaf atas kesilapannya itu. (Abdul Kareem Zaydan.1997.218) Yang demikian ini jelas menunjukkan Islam telah memberi hak terhadap isteri atau wanita untuk mengeluarkan pendapat selagimana ianya tidak menyalahi syarak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen