Ernie Zakri terima bunga dari Syamel sebelum berentap di pentas AJL35

Oleh: Zuzu Yasmine

Bakal bertarung di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 malam ini, Ernie Zakri sempat menerima bunga daripada tunang tersayang sebentar tadi.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram Syamel, memaparkan pelatun lagu Halusinasi itu membawa sejambak bunga dan menyerahkan sendiri kepada Ernie.

Dalam pada itu, Syamel sempat meluahkan perasaan bangga dan gembiranya kerana bakal melihat tunang kesayangan berentap di pentas yang penuh bermakna buat mereka itu.

Selain itu, Syamel juga sempat memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan buat kekasih hati.

“Dear Ernie, betapa bangga dan gembiranya hati ini dapat menyaksikan dan menantikan keberadaan KakNinie di atas pentas yang penuh gemilang malam ini.

“Doa Bangmel buat kakninie takpernah putus. Insya allah semoga semua dipermudahkan,” kongsinya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian para peminat yang turut mendoakan kejayaan Ernie Zakri dalam pentas AJL serta memuji kemanisan mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen