Busana Sherry, Aina Abdul & Zizi Kirana jadi bahan troll netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Telah menjadi kebiasaan warganet untuk memerhatikan fesyen yang digayakan oleh beberapa penyanyi ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Pada malam ini, nama pengacara Sherry Al Hadad, Aina Abdul serta Zizi Kirana menjadi trending di Twitter apabila persalinan yang digayakan menjadi perdebatan dan kecaman netizen.

Sherry disamakan dengan plastik sampah?

Berdasarkan pemerhatian di laman Twitter, rekaan busana berwarna hitam Sherry Al Hadad itu terlihat sedikit mengganggu mata netizen sekaligus menyamakannya dengan pelastik tong sampah.

Aina nampak macam burung merak?

Sementara itu bagi Aina Abdul pula, busana yang dikenakan pula disamakan dengan cendawan dan juga burung merak.

Zizi Kirana watak dalam mobile lagends?

Namun begitu, busana yang digayakan oleh Zizi Kirana pula mendapat pujian kerana membawa tradisi Jawa sekaligus netizen menyamakannya dengan watak dalam permainan ‘mobile lagends’ iaitu Kadita Pirana.

Ketika ini sedang berlangsungnya AJL35 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen