"Dah selesai, walaupun tak seperti saya sangkakan..."-Nabila Razali respon persembahan di AJL35

Membuat persembahan secara LIVE antara satu perkara yang mencabar kerana kita tidak tahu perkara yang bakal terjadi sama ada berjalan dengan lancar atau sebaliknya.

Benar segala persediaan yang rapi telah dibuat namun, sebagai manusia biasa siapalah kita mahu menidakkan kerja Tuhan.

Nyanyian undang kritikan

Begitulah juga yang terjadi kepada salah seorang finalis AJL35 malam tadi apabila nyanyiannya mendapat kritikan yang hebat daripada penonton susulan perubahan 'pitching' nya yang sedikit lari.

"Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang telah saya sampaikan malam ini."

-Nabila Razali-

Bagaimanapun, pelantun kepada lagu Peluang Kedua itu masih tetap tenang sehinggalah persembahannya berakhir dan sewaktu ditemu bual serba sedikit berkenaan kejadian itu di belakang pentas.

 

 

Kerja keras team

Mengakui akan kesilapan tersebut, Nabila tidak kekok sebaliknya berterima kasih kepada tenaga kerja yang banyak membantunya sekaligus yakin bahawa ada rezeki lain untuknya selepas ini.

"Terima kasih kepada team saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah."

-Nabila Razali-

Sentiasa perbaiki diri

Mengagumi sifatnya yang tak pernah putus asa. Tambah Nabila Razali lagi dalam temu bual semalam dia akan sentiasa perbaiki segala rongga kekurangan pada dirinya dalam bidang nyanyian.

"Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu.

"Saya menghadiri kelas vokal dan sebagainya. Ia sebenarnya lebih kepada memajukan diri saya."

"Tahun 2021, macam-macam perkara yang terjadi. Sentiasa bangun dan menjadi versi yang terbaik untuk diri saya."
-Nabila Razali-

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen