"Bukan desakan netizen, perubahan berlaku secara spontan..." - MK

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering diteguran khalayak akan penampilannya yang suka menggayakan emas sebagai eksesori kegemaran namun, penyanyi rap ini langsung tidak melenting.

Umum tahu bahawa penyanyi rap, MK K-Clique sedang dalam proses mendekatkan diri dengan Tuhan dengan mendalami ilmu agama selepas tular kisahnya ‘keluar tiga hari’ menyertai tabligh.

Menerusi lepaoran Kosmo Online, MK atau mana sebenarnya Muhammad Hairi Amin mencuba perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan dan bukan secara drastik.

“Sejak tiga bulan lalu, saya mencari jalan dan masa untuk mengosongkan jadual untuk fokus 100 peratus terhadap kelas agama.

“Orang cakap perubahan itu nampak terlalu drastik tetapi tidak benar, perkara itu cuma berlaku secara spontan.

“Media sosial hanya tempat dan pilihan kita untuk berkongsi apa yang mahu ditonjolkan atau perlu orang sedari. Tak semua perkara kita ingin tunjuk,” katanya.

Penyanyi kelahiran Tawau Sabah itu berkata, dia sedar tanggungjawabnya sebagai figura umum selain menjawab kritikan netizen apabila sering tampil menggayakan rantai emas.

“MK tetap MK. Masih bad boy (tertawa). Orang luar kena tahu. Sebagai penghibur, tugas kami menghiburkan bukan nak mewujudkan contoh-contoh yang tidak baik.

“Saya terima teguran masyarakat tentang pakai rantai emas. Jangan risau, satu hari nanti saya tanggalkan,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan akan mendirikan rumah tangga punca perubahan dilakukan, penyanyi berusia 25 tahun itu mengatakan masih belum ada niat ke arah itu kerana usia terlalu muda.

“Sebelum berkahwin, saya kena fikir jauh dan lebih dalam. Kena cukup bersedia dengan diri sendiri sebelum sedia hidup dengan orang lain,” ujarnya.

MK dengan rendah diri turut menitipkan pesanan buat golongan yang sewenang-wenangnya mengkritik orang lain hanya dengan apa yang terpapar dalam media sosial.

“Saya pergi kelas agama bukan sebab teguran netizen tetapi kesedaran itu datang dengan sendiri. Menegur tak salah tetapi mengkritik membuta-tuli kadang-kadang boleh buat orang melawan.

“Saya pun jenis begitu. Media sosial boleh jadi satu dunia yang sangat toksik namun usahlah kita terus hanyut dengan ketoksidan kata-kata yang tidak bertapis,” ujarnya sedikit bertegas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen