Hasrat lelaki halalkan tunang tidak kesampaian, hanya mampu temani perjalanan terakhir

Oleh: Zuzu Yasmine

Hasrat seorang lelaki untuk menghalalkan kekasih hati tidak kesampaian apabila tunang dijemput ajal terlebih dahulu.

Kisah menyayat hati ini telah tular apabila dikongsikan oleh sepupu kepada arwah bakal pengantin perempuan menerusi video di aplikasi TikTok.

Menerusi video yang dikongsi oleh Din Amiruddin memaparkan detik-detik tunang kepada arwah menemani perjalanan terakhir insan yang sepatutnya menjadi suri hatinya itu.

Arwah sakit buah pinggang

Menurut Din Amiruddin, kakak sepupunya itu bernama Zaimah Munaf telah menghambuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu akibat sakit buah pinggang kronik.

Difahamkan, arwah yang berusia 28 tahun itu sebelum ini mengadu sakit pinggang namun, tidak menyangka bahawa sudah di tahap serius.

“Arwah Kak Ema (Zaimah) sebelum-sebelum ini mengadu sakit pinggang namun ingatkan sakit biasa saja. Namun pada Oktober tahun lalu, baru tahu dia sakit buah pinggang... ketika tahu tu dia dah di tahap lima,” ujarnya.

Hajat nak nikah bulan ini

Berkongsi cerita akan tunang kepada arwah, Din mengatakan bahawa kakaknya dan pasangan mengikat pertunangan pada pertengahan tahun lalu selepas mengenali hati budi selama empat tahun.

Bahkan, pasangan ini juga dikatakan merancang untuk bernikah pada awal bulan ini namun, tidak kesampaian apabila Zaimah tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Tunang temani arwah hingga akhir

Tambah Din, tunang arwah tentunya yang paling terkesan malah ketika pengebumian, wajahnya agak sugul.

“Banyak kali nampak dia termenung menyapu air mata. Daripada usung keranda hinggalah ke liang lahad, dia akan tampil ke depan. Mahu temani perjalanan terakhir arwah,” katanya.

Ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Diharapkan tunang arwah terus kuat dan menemui pengganti satu hari nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen