"Saya dapat rasa dia tahan sakit, nampak bibirnya gelap..." - Ibu

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, negara dikejutkan akan kisah yang menyentuh hati apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas lebih lima jam ditinggalkan dlama kereta yang dipandu oleh seorang pengetua tadika di Taman Ria, Sungai Petani.

Difahamkan, kanak-kanak bernama Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari tadika ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Reda akan pemergian anak

Berdasarkan temubual bersama Harian Metro, ibu mangsa meluahkan rasa sedih akan kehilangan anak lelakinya namun, reda akan kejadian yang menimpa.

"Naluri saya sebagai ibu dapat rasakan anak saya, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafasnya kerana saya nampak bibirnya gelap.

"Namun, saya reda dengan pemergiannya kerana Allah hanya pinjamkan arwah untuk kami buat seketika," kata Nor Azira Abdul Halim, 36.

Ditinggalkan dalam kereta selama 4 jam

Dalam kejadian semalam, Muhammad Harraz Aryan, 3, ditemui tidak sedarkan diri dalam Proton Waja milik pengetua tadika selepas ditinggalkan di parkir selama empat jam.

Nor Azira berkata, mungkin guru terbabit tidak sedar anaknya berada di tempat duduk belakang.

Tambahnya, setiap hari, dia menghantar anaknya ke tadika namun disebabkan dia bekerja di Pulau Pinang pada Selasa dan Rabu, dia meminta guru terbabit mengambil anaknya di rumah di Taman Ria.

Ingatkan anak kemalangan

Pada hari lain, Nor Azira hanya bekerja dari rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuklah menguruskan anak sulungnya, Nurhana Sakinah Mohd Hafizi, 7, yang bersekolah.

“Ketika kejadian semalam saya sedang bertugas di bangunan Komtar di Pulau Pinang dan bergegas pulang sebaik menerima panggilan dari guru anak saya jam 12.25 tengah hari.

“Mulanya saya ingat anak saya kemalangan sebab tadika itu terletak berhampiran jalan, tetapi tiba-tiba guru yang menghubungi saya menangis dan memberitahu anak saya tak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Nor Azira sempat menghubungi suaminya, Mohd Hafizi Husin, 36, yang bertugas sebagai anggota tentera di Kem Sungai Petani dengan harapan suami akan cepat sampai untuk lihat keadaan arwah.

Namun, suaminya menghubungi dan meminta saya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk melihat keadaan anak mereka.

Anak seorang yang aktif

Sebaik tiba di hospital dia berasa tidak sedap hati apabila melihat jasad anaknya di unit forensik hospital itu dan dimaklumkan sudah meninggal dunia.

“Arwah memang anak yang aktif ketika di rumah, namun ketika di sekolah dia banyak diam mungkin dia takut dengan guru.

“Cuma saya tak tahu bila anak saya meninggal dunia kerana berada dalam kereta itu sejak jam 8 pagi sebelum disedari jam 12.15 tengah hari. Tak nampak langsung perubahan pada arwah dan merengek itu perkara biasalah,” katanya.

Jenazah Muhammad Harraz Aryan kemudian dibawa dari HSB ke rumahnya di Sungai Petani dan dijangka dikebumikan hari ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen