Makin hampir! Netizen bocorkan lokasi majlis Neelofa & PU Riz

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam kecoh di laman Twitter apabila ada yang mengatakan bahawa selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa akan mendirikan rumah tangga bersama pendakwah muda PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail.

Menurut ura-ura yang tersebar di media sosial, pasangan tersebut dipercayai akan bernikah pada Jumaat ini iaitu 26 Mac 20121 dan akan bersanding pada 27 Mac 2021.

Wartawan sukan dedah rahsia

Bagi menguatkan dakwaan tersebut, seorang wartawan telah memuat naik status di Twiiter seolah-olah memberi bayangkan akan majlis pasangan ini yang akan berlangsung di The St Regis Kuala Lumpur.

Meskipun belum ada berita rasmi akan perkara ini namun, khabar angin ini hampir tepat dan masing-masing sedang menanti hari bahagia buat pasangan tersebut.

Tertarik akan posting yang dibuat oleh wartawan sukan tersebut, rata-rata warganet meninggalkan komen dengan berseloroh berkenaan tindakkannya yang dilihat seakan tersalah ‘department’.

Rasanya pelbagai hint telah didedahkan oleh netizen berkenaan hari bahagia pasangan ini walaupun kedua-dua belum membuka mulut akan isu perkahwinan ini.

Jika betul, pastinya satu kegembiraan buat para peminat pasangan selebriti terkenal ini sekaligus mengiyakan khabar angin selama ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen