Dah bawa berjumpa ibu, Wany Hasrita tetap tak mahu kongsi identiti kekasih hati

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika diasak soal jodoh, penyanyi Wany Hasrita, tetap dengan pendirian tidak mahu mendedahkan identiti lelaki yang didakwa kekasih hatinya.

Ingin lebih berhati-hati

Menurut penyanyi berusia 29 tahun itu, dia lebih selesa untuk tidak berbicara secara terbuka mengenai soal kekasihnya, selagi belum ada hitam putih seperti kad undangan perkahwinan.

"Pengalaman saya lalui dan rakan artis membuatkan saya lebih berhati-hati berbicara soal jodoh. Saya tidak berani mahu mengesahkan apa-apa kerana masih terlalu panjang perjalanan. Dalam tempoh ini, apapun boleh berlaku.

"Apabila sudah ada kad kahwin depan mata, barulah sesuai untuk saya berkongsi mengenainya. Apapun, saya nak lepaskan sahabat, Ernie Zakri kahwin dahulu," katanya.

Kekasih sudah bertemu ibu

Walaupun masih lagi berahsia, pelatun lagu Menahan Rindu itu mengakui bahawa kekasihnya telah bertemu dengan ibunya.

"Ibu sudah bertemu dengannya. Tetapi, jika nak kata restu atau tidak, saya tidak boleh komen kerana perjalanan masih jauh.

"Sebagai ibu, saya pasti sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak tunggalnya ini," ujarnya.

Dikatakan, ketika ini Wany sedang mempromosikan single baharu iaitu Cinta Khayalan. Apa-apa pun, doakan yang terbaik buat Wany okay.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen