Cubaan wanita bunuh diri temui kegagalan, banyak kali minta mangsa ingat nasib anak-anak

Masalah tekanan yang dialami oleh seseorang itu tiada siapa yang tahu sehingga dapat dilihat sejak kebelakangan ini kes cubaan bunuh diri semakin kerap menjadi topik utama di akhbar dan media digital.

Terbaharu, satu lagi kes cubaan bunuh diri telah dilaporkan semalam yang melibatkan seorang wanita berusia 29 tahun.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kejadian yang berlaku sekitar 1 tengahari itu berlaku di sebuah pangsapuri Pertam Jaya.

Terdengar bunyi bising

Menurut saksi yang dikenali sebagai Nadia yang juga penghuni pangsapuri tersebut memaklumkan bahawa ketika kejadian dia berada di dalam rumah berhadapan blok kediaman mangsa dan lantas menjenguk ke arah luar apabila terdengar bunyi bising.

"Sebaik membuka pintu dan menjengah ke luar saya melihat wanita terbabit sudah berdiri di luar balkoni rumahnya dengan berpegang di penghadang besi."

"Manakala seorang lelaki yang berada di tingkat bawah menjerit 'sesiapa minta tolong' serta turut  mengatakan 'ingat anak' beberapa kali."

"Ketika itu cuma risau jika betul dia nekas untuk terjun dan bimbang perkara tidak elok berlaku saya terus menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan."

-Saksi-

Kesulitan pihak bomba waktu kejadian

Ekoran kejadian tersebut, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Bomba Soon Wee Kiang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.14 tengahari sebelum jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dan Bukit Katil bersama lapan anggota termasuk komander operasi bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi mendapati benar terdapat seorang wanita ingin terjun dari bangunan dan usaha memujuk mangsa dijalankan. Pasukan bomba mengalami kesulitan apabila pintu rumahnya terkunci."

"Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dan langkah berjaga-jaga dengan dibantu orang awam kanvas dibentangkan sebelum mangsa berjaya diselamatkan pada 2.46 petang."

-Soon Wee Kiang-

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-adsense_code slot="7107598670"]

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen