Pasangan selebriti Syamel dan Ernie Zakri sah bergelar suami isteri

Sepakat memilih hari jumaat yang penuh barakah ini untuk disatukan, pasangan selebriti sama cantik sama padan iaitu Ernie Zakri dan Shamel akhirnya selamat diijabkabulkan hari ini yang mana majlis tersebut telah berlangsung di Masjid Puncak Alam, Selangor pada jam 10.30 pagi tadi.

Melibatkan hanya keluarga terdekat

Menurut sumber, pasangan itu dinikahkan oleh jurunika, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Zakri Ahmad.

Bersama dengan itu, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly telah menyerahkan mas kahwin sejumlah RM300 dan seutas gelang tangan berlian beserta lima dulang hantaran dengan dibalas lima dulang dari pihak Ernie.

Dalam satu kenyataan, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri memaklumkan bahawa majlis diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri 20 orang ahi keluarga saja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Syukur majlis berjalan lancar

Di samping itu, Ernie turut menyatakan rasa syukurnya kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar hingga ke penghujungnya.

"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan mematuhi SOP ditetapkan. Terima kasih atas doa semua dan sokongan diberikan kepada saya dan suami. Doakan sempga fasa baharu dalam kehidupan kami ini juga dipermudahkan."
-Ernie Zakri-

Tidak hanya dengan itu, seusainya majlis itu Ernie dan Syamel akan meraikan majlis seterusnya yang dibuat secara tertutup di sebuah resort persendirian di Serendah yang turut hanya membabitkan keluarga kedua belah pihak sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen