Bergurau tak ada SOP, pemilik Leeyanarahman mohon maaf kurang sensitif

Sejak semalam, nama usahawan Hafiz Hamid dan Yana Lee terus menjadi bualan wargamaya apabila video sekitar majlis yang dihadiri olehnya tular di media sosial yang dikatakan tidak menepati pematuhan SOP dari segi penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka ketika majlis berlangsung.

Muat naik video undang kecaman

Walaupun menerima pelbagai kecaman susulan tindakan mereka itu dari pihak warganet namun, mereka kelihatannya seperti tidak tersinggung sama sekali sebaliknya memuat naik video yang sepertinya mengejek orang ramai dengan isu saman serta wujudnya kluster baru.

Menurutnya video yang tular semalam hanyalah sebagai bahan gurauan dan dia sendiri akui tidak bermaksud untuk berbuat yang demikian.

Tambah Hafiz lagi dalam kenyataannya, majlis yang berlangsung semalam semuanya masih dalam kawalan dan masih berpandukan SOP termasuklah penyediaa imbas MySejatera, periksa suhu dan sebagainya.

"Dari hati saya yang paling dalam, saya betul-betul minta maaf dengan apa yang berlaku. Kata-kata yang keluar dari mulut saya bukan menceritakan apa yang berlaku."

"Secara realitinya, majlis tersebut memang mengikut SOP."

-Hafiz-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen