Cikgu praktikal campak murid tadika tak dibenarkan mengajar serta-merta

Oleh: Bella Bahrin

Pagi ini telah tular video seorang guru yang telah bertindak mencampak seorang pelajar di sebuah tadika yang dipercayai berlaku di Jalan Kebun, Selangor. 

Susulan daripada kejadian tersebut, seorang bapa kepada murid tadika yang bersekolah di tadika tersebut telah memuat naik status di laman media sosialnya memperjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian tersebut. 

Cikgu diberhentikan segera oleh pihak tadika

Menurut bapa kepada pelajar tersebut, tindakan itu telah diambil oleh pihak pengetua sekolah selepas menerima laporan dan sebuah laporan polis telah dibuat oleh pihak sekolah. 

Cikgu praktikal di tadika tersebut

Menurutnya lagi, cikgu yang terbabit di dalam video tersebut merupakan guru praktikal di tadika berkenaan, dan video itu dirakam oleh salah seorang guru bagi untuk tujuan semakan praktikal. 

Bapa kepada murid tersebut juga turut memuji cara pengetua tadika itu menyelesaikan perkara tersebut yang disifatkan sangat berhemah dan tertib mengikut undang-undang. 

Moga menjadi pengajaran kepada semua

Kejadian tersebut juga diharap dapat memberi pengajaran kepada pihak tadika mahupun kepada ibu bapa dan guru. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen