Wanita Harus Tahu, Kenapa Suami Lebih Pendek Umur Berbanding Mereka..

Oleh: Yana

Lelaki sering kali dikenali sebagai satu figura yang kuat dan seperti tidak mempunyai masalah berbanding wanita. Perkara ini dilihat apabila lelaki tidak mengeluh, sedih, kecewa atau tekanan berbanding wanita. Sebenarnya lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan, setiap manusia memang tidak dapat lari dari masalah dalam hidup tetapi lelaki lebih suka menyembunyikan masalah kerana tidak mahu di anggap 'lemah' di mata orang lain. Disebabkan itu juga ketika menginjak usia, lelaki atau suami yang akan meninggal dahulu daripada isteri. Mengapa lelaki cenderung lebih pendek umur daripada wanita? Ini kerana segala masalah atau beban hidup selalu mereka simpan semua di dalam hati. Kerana itu juga lelaki lebih ramai merokok kerana ada yang merasakan merokok dapat mengurangkan sedikit tekanan masalah mereka.



Jika anda sayangkan suami anda, para isteri haruslah membaca 'suara hati' suami yang tidak pernah diluahkan para suami. Ini kerana 'suara hati' ini telah memberi inspirasi pada ramai orang terutamanya untuk isteri. Bagaimana caranya agar suami juga boleh panjang umur? Apakah ada cara untuk meringankan beban atau tekanan yang dipikul oleh suami?

Pertama, seboleh mungkin ciptalah persekitaran rumah yang hangat dan santai, sehingga ketika suami pulang bekerja, dia boleh bersantai dan berehat dengan baik. Janganlah bertengkar mulut hanya kerana masalah urusan rumah tangga. Asal ada pembahagian kerja yang baik, tidak akan jadi masalah. Apabila suami isteri sibuk bekerja, carilah pembantu untuk meringankan beban kerja rumah, dengan begitu semua orang boleh berehat.



Kedua, apabila suami menemui kesukaran di luar sana, walaupun pulang dia tidak berkata apa-apa, sebagai isteri cubalah memberinya perhatian. Masaklah makanan kesukaannya, hiburkan dia dengan cerita lucu atau sekurang-kurangnya jangan mengomel atau membuat muka. Setelah dia rasa lebih baik, anda boleh berbincang apa masalahnya dan mencari penyelesaiannya. Sekalipun dia tidak ingin mengatakan masalah yang dia hadapi, isteri berusaha untuk menghiburnya sampai dia mahu berbicara. Sekurang-kurangnya, sebagai isteri seharusnya membantu meringankan beban suami. Perhatian dan kelembutan isteri adalah ubat terbaik bagi suami. Jika suami buat kesalahan, jangan gunakan emosi atau nada marah kerana hanya akan berakhir pada pertengkaran. Yang boleh anda lakukan adalah bersabar dan memaafkannya, demi menjaga perasaan juga keharmonian keluarga. Rezeki boleh dicari, tetapi tubuh yang sihat tidak boleh dibeli dengan harta semahal apapun.

Ketiga, pujuklah suami anda untuk tidak merokok atau minum minuman beralkohol. Sedarkan dia akan pentingnya kesihatan. Bila dia tidak memikirkan dirinya sendiri, sekurang-kurangnya fikirkanlah anda isterinya, juga anak-anak. Bila tidak ingin lebih cepat berpisah dengan keluarga, berhentilah merokok.

Keempat, bila anda terpaksa harus tinggal bersama mertua, usahakan agar hubungan anda dengan mertua boleh harmoni dan berjalan dengan baik, kerana jika berlaku pertengkaran, yang paling sengsara adalah suami anda. Dia diapit di tengah, di satu sisi isterinya sendiri, di sisi lain orang tuanya sendiri, dia tidak tahu harus membela siapa kerana kedua-dua adalah orang yang penting baginya. Tekanannya pasti akan rasa sangat luar biasa.



Jika anda mencintai suami anda, jangan biarkan dia makan makanan bergoreng. Masaklah makanan berkuah, sayur-sayuran. Dengan mengambil makanan yang sihat, anda akan menyedari jika dulunya suami yang sering tidur, mengantuk, lesu, tiba-tiba menjadi lebih bertenaga dan bersemangat! Ajaklah suami bersenam bersama-sama, seperti marathon, berjalan cepat, berbasikal, dan lain-lain. Anda juga boleh mengajaknya berjalan di pusat membeli belah, itu juga termasuk. Perut suami yang semakin membuncit selepas berkahwin itu pasti akan jadi kempis dan dan bertenaga sehingga boleh menggendong anda seperti dulu!

Dari perkara kecil seperti ini, suami anda akan sedar bahawa anda benar-benar tulus menyayanginya, dia akan lebih memberi perhatian kepada kesihatannya dan lebih giat lagi untuk membuat anda bahagia. Isteri tidak pernah memberikan dia bebanan, malah mengurangkan bebannya. Dia akan sangat berterima kasih pada anda. Kita harus sedar bahawa yang boleh menemani kita sampai ke akhir kehidupan bukanlah anak kita atau orang tua kita, melainkan pasangan kita. Merekalah yang akan mendampingi kita seumur hidup. Anak kita mungkin sudah besar, sudah berkeluarga, mempunyai kehidupannya sendiri, tidak mungkin boleh selalu tinggal di sisi kita menemani kita.



Ketika itulah kita semua akan sedar, bahawa seberapa banyak harta dan kejayaan tidak boleh menggantikan seorang suami yang tulus mencintai kita dan menemani kita sampai ke akhirat. Seberapa mahal make-up atau hadiah yang diberikan untuk kita, tidak dapat dibandingi dengan tangan suami yang memimpin kita melihat matahari terbenam. Jika anda mencintai suami anda, lakukanlah sekarang juga, lebih cepat, lebih baik. Masa tidak menunggu sesiapa. Apabila seseorang menyimpan begitu banyak beban, suatu hari pasti akan meletup juga. Hari demi hari jangan lupakan juga kesihatan anda sendiri. Kesihatan dan kebahagiaan suami isteri adalah kunci panjang umur dan keharmonian berkeluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen