"Hanya luangkan masa bersama isteri di tempat menginap..." - Isa Khan & Risteena mohon maaf

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini kecoh di media sosial akan pasangan selebriti Isa Khan dan Risteena dikatakan berbulan madu di Sabah.

Bagaimanapun, pasangan tersebut tampil menjelaskan bahawa mereka ke Sabah bukan untuk berbulan madu sebaliknya atas urusan kerja.

Beri kerjasama dengan pihak polis

Berikutan daripada kontroversi tersebut, Risteena dan Isa dipercayai sudah muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju semalam, bagi tujuan memberi keterangan.

Difahamkan, pihaknya perlu membuat pemohonan maaf secara terbuka bagi meredakan keresahan orang ramai berhubung isu timbul itu.

Tampil mohon maaf

Sehubungan dengan itu, menerusi laman Instagram Isa Khan, telah memperjelaskan keadaan sebenar dan semuanya telah diselesaikan dengan baik.


"Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak PDRM sekiranya ada timbul salah faham yang berpunca dari pihak saya tempoh hari," ujarnya di Instagram.

Menurutnya, dia dan isteri terbukti tidak menyalahgunakan permit diberikan namun hanya meluangkan masa bersama dengan isterinya di hotel.


"Saya dan isteri telah terbukti tidak menyalahgunakan permit yang telah diberikan di mana saya hanya meluangkan masa bersama isteri di tempat kami menginap setelah urusan kerja selesai," jelasnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang meminta Isa Khan dan Risteena agar lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu disebabkan mereka adalah public figure.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen