3 minggu 'sorok' dari media, pelamin tema ‘Jabal Rahmah’ Neelofa-Haris dihiasi bunga segar

Oleh: Zuzu Yasmine

Boleh dikatakan hari ini, majlis perkahwinan Neelofa dan juga Pu Riz menjadi topik hangat media sosial sekaligus tumpuan netizen.

Bukan sahaja lawa akan pemakaian yang dikenakan oleh pasangan pengantin iaitu sedondon berwarna putih, namun pelamin juga menarik perhatian netizen yang terpukau akan kemegahannya.

Dihiasi empat tan bunga ros putih 

Memilih Reka Teemor sebagai wedding planner pada hari bahagia, pelamin tersebut terlihat sangat cantik dengan dihiasi empat tan bunga ros putih segar yang dibentuk menjadi seperti gambaran Jabal Rahmah di tanah suci Mekah.

Menurut pemilik serta pengasas Reka Teemor di ruang Instagram mengatakan bahawa dengan sedaya upaya ‘menyorok’ daripada paparazi selama hampir tiga minggu bagi merialisasikan pelamin indah itu.

Inspirasi pertemuan Adam & Hawa

Difahamkan, konsep yang diinspirasikan daripada pergunungan tempat Adam dan Hawa bertemu iaitu Jabal Rahmah.

Memetik laporan mStar online, pelamin indah itu difahamkan dihiasi dengan 4 tan bunga segar dari beberapa jenis bunga berbeza seperti mawar putih, orked dan baby breath.

Moga menjadi penyejuk hati

Sehubungan dengan itu, pihak Reka Teemor turut mendoakan agar Neelofa dan Haris akan terus menjadi penyejuk hati masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Untuk makluman, sentuhan magis daripada pasangan suami isteri Faiz Sabri dan Rozana Mumtaz akan menjadi pilihan selebriti setiap kali melangsungkan majlis perkahwinan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen