"Banyakkan bersabar..."-Akui sebak lihat adik akhirnya jadi isteri, Nabila titipkan pesan buat Neelofa

Peribahasa melayu ada berbunyi, air yang dicincang takkan putus dan begitulah realitinya hubungan adik beradik walaupun terpisah dek kerana waktu atau berlakunya perselisihan faham yang berpanjangan, dalam hati yang paling dalam pasti ada rindu dan sayang yang akan bertamu lebih-lebih lagi memang dari kecil membesar bersama-sama.

Begitulah juga dengan apa yang dirasai oleh Noor Nabila yang merupakan kakak kepada selebriti yang baru sahaja usai melangsungkan perkahwinannya semalam iaitu Noor Neelofa.

[adsenses_code slot="7107598670"]

Akui sebak di hari bahagia Neelofa

Menurut Nabila, dia yang sudah bertahun-tahun menjadi rakan serumah Neelofa sekaligus menjaganya akui rasa sebak dan terharu saat adiknya itu diijabkabulkan.

Pun begitu, dia meluahkan rasa gembira melihat Neelofa akhirnya menemui kebahagiaan yang dicari selama ini.

"Sudah tentu saya berasa sebak dan terharu bila lihat adik saya yang sudah bertahun-tahun saya jaga, jadi 'housemate', akhirnya dia jumpa kebahagiaan yang dicari selama ini."

"Perasaan itu timbul sebab akhirnya dia boleh bahagia macam orang lain dan kawan-kawan dia serta adik beradik yang lain."

-Noor Nabila-

 

 

 

Ucapan Noor Nabila buat Neelofa dan suami

Dalam pada itu, Nabila turut tak ketinggalan menitipkan pesan buat adik tersayang di hari bahagianya agar Neelofa dan PU Riz terus bersabar menempuh alam perkahwinan bersama serta sentiasa ada untuk satu sama lain.

"Kepada pasangan pengantin, banyakkan bersabar...kena tempuhi alam perkahwinan dengan penuh kesabaran. Tapi apa sahaja masalah yang anda berdua akan hadapi, jangan putus asa."

"Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain, susah senang bersama."

-Noor Nabila-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen