Beratnya Beban Suami Selepas Akad Nikah. Lelaki, Sila Bersedia.

Saya terima nikah.... binti…. dengan mas kahwin……di bayar tunai…”.

Singkat, padat dan jelas.

Secara bahasa akad bererti perjanjian atau ikrar.



Akad nikah ini bukan saja perjanjian suami dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada ALLAH. Wahai para isteri, ketahuilah betapa beratnya pengorbanan suamimu terhadapmu. Kerana saat Ijab terucap, segala tanggungjawab terletak di bahu suami.

Hal ini dijelaskan sebagaimana hadis daripada Abdullah Ibnu Umar:

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab akan orang yang berada di bawah jagaan kamu. Seorang Imam adalah pemimpin dan bertanggungjawab akan orang yang berada di bawahnya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin terhadap ahli (keluarganya) dan bertanggungjawab akan orang yang berada di bawah jagaannya"
(HR Bukhari, no.893)



Suami dipertanggungjawabkan oleh Allah. Sekiranya isteri, anak atau ahlinya melakukan sesuatu yang melanggar syariat, kemudian suami membiarkan perkara itu, maka dia akan berdosa selagi mana tidak berubah dan kembali ke jalan Allah. Ini kerana peranan suami adalah kewajipan mendidik, menasihati dan menegur ahli keluarga agar mereka mentaati perintah dan larangan syari’at Islam. Beratnya beban yang di tanggung suami tetapi adanya seorang isteri boleh membantu meringankan tanggungjawabnya dengan cara harus patuh kepada suami dan menjalankan perintah ALLAH. Isteri juga perlu membantu suami mendidik anak-anak agar mengerti tentang agama dan tanggungjawab. InsyaALLAH, Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang dapat memberikan terbaik untuk anak-anak kita kelak dengan agama dan cinta kasih sehingga tercipta keluarga kecil yang sakinah, mawaddah dan warahmah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen