"Neelofa & PU Riz hadir beri keterangan esok." - Pihak polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu, usahawan dan selebriti terkenal Neelofa dan juga suami PU Riz bakal dipanggil memberi keterangan berhubungan majlis perkahwinan mereka yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata selain Neelofa, polis turut memanggil keluarga dan penganjur majlis itu untuk diambil keterangan.

"Penganjur majlis sepatutnya hadir memberi keterangan pada hari ini, tetapi ditangguhkan esok.

"Justeru, mereka (penganjur) bersama keluarga Neelofa, termasuk Neelofa sendiri dan suaminya akan hadir memberi keterangan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan beberapa saksi berhubung perkara itu, termasuk pengurus hotel yang menjadi lokasi majlis pernikahan pasangan selebriti terbabit.

Sebelum ini, Mohamad Zainal, memaklumkan bahawa pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengenai majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz.

"Siasatan mendapati majlis perkahwinan yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," ujarnya.

Difahamkan, isu perlanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen