Didakwa tiada pematuhan SOP, penganjur pertunjukan fesyen dipanggil beri keterangan

Umum sedia maklum bahawa kini mana-mana majlis keramaian telahpun diberi kebenaran oleh pihak kerajaan untuk melaksanakannya namun, perlulah mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh MKN terutamanya mengurangkan jumlah kehadiran tetamu dalam satu masa agar penjarakan fizikal dapat dikekalkan.

Pun begitu, kelihatannya masih sukar untuk orang ramai mengamalkan cara norma baharu sepeti yang telah diwar-warkan ini dan sebagai pendekatannya dapat dilihat isu yang tular baru-baru ini apabila seorang usahawan terkenal mengadakan satu pertunjukan fesyen dan apa yang menjadi tumpuan orang ramai adalah apabila tiada pematuhan SOP yang diketengahkan sepanjang majlis berlangsung.

Penganjur diminta tampil

Susulan perkara itu, dalam satu kenyataan hari ini polis akan memanggil penganjur pertunjukan fesyen berkenaan kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Superitenden Ku Mashariman Ku Mahmood, berdasarkan semakan ke atas video tular mendapati semua tetamu melanggar SOP yang ditetapkan.

"Penganjur memuat naik pelbagai gambar di media sosial sepanjang majlis berlangsung yang dianggarkan dihadiri 50 tetamu."

"Tetamu didapati tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal ketika majlis berlangsung."

-Ku Mashariman-

Tambah beliau lagi, kini polis masih mengesan penganjur dan semua tetamu pada pertunjukan fesyen berkenaan.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen