Pencarian tiga hari berakhir, mayat mangsa lemas berjaya ditemui pasukan penyelamat

Pencarian mangsa lemas sewaktu berenang di Sungai Petuang, Tasik Kenyir berakhir pada jam 7.10 pagi, hari ini.

Untuk makluman, detik-detik cemas itu  dikatakan berlaku sekitar jam 5.50 petang pada Sabtu lalu apabila mangsa dari Kampung Sungai Buaya, Dungun menghabiskan percutian bulan madu bersama isteri dan ahli keluarga mentua.

Sumber mengatakan mangsa mengalami kekejangan otot sewaktu berenang menyebabkan dia tenggelam.

Mayat ditemukan terapung

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu iaitu Deputi Superitenden Mohd Adli Mat Daud, mayat Ami  Azzizol Abu Bakri ditemui terapung di permukan air pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian oleh seorang pengusaha rumah rakit.

Susulan perkara itu, lelaki berkenaan memaklumkan perkara itu kepada pasukan polis Marin yang meronda di kawasan berhampiran.

"Mayat mangsa diangkat oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospitakl Hulu, Terengganu untuk tindakan lanjut."

-Mohd Adli-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen