Meremang! Gara-gara sembur racun mahluk perosak, habis satu dapur dipenuhi ratusan lipas

Oleh: Zuzu Yasmine

Lipas sememang satu serangga yang sangat tidak disenangi ramai, bukan sahaja geli akan kehadirannya tetapi juga boleh membuat ramai menjerit.

Tular di TikTok akan seorang pemuda yang cuba membasmi puluhan hingga ratusan lipas yang bersarang di sebuah dapur rumahnya.

Sembur racun perosak

Difahamkan, pengguna yang dikenali sebagai Vitro Urdha Prihantoko itu baru sahaja membeli racun mahluk perosak di kedai berdekat rumahnya selepas melihat beberapa ekor lipas berterbangan di dapurnya.

“Ibu saya nampak ada lipas di bawah dapur. Kemudian saya terus sembur dan tinggalkan untuk ke ruang menonton televisyen,” katanya.

Terkejut puluhan lipas keluar

Bagaimanapun, suara jeritan kakaknya membuat dia kembali ke dapur dan terkejut melihat puluhan hingga ratusan ekor lipas memenuhi ruangan tersebut.

Meskipun geli dan takut, dia terpaksa membantu ayahnya membunuh lipas-lipas berkenaan dan akhirnya berjaya membersihakan kesemua serangga perosak itu dalam masa satu jam.

Boleh bayangkan baunya

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata turut terkejut melihat kehadiran lipas tersebut selain menasihati agar pemuda itu membersihkan dapur rumahnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen