Dilihat sedang sibuk pilih kain, netizen teka Uqasha bakal naik pelamin tak lama lagi?

Nama Uqasha Senrose tidaklah lagi asing dalam dunia lakonan kerana banyak watak berjaya dibawa olehnya membuatkan peminat-peminat percaya akan bakatnya dalam bidang tersebut.

Sama seperti selebriti yang lain, Uqasha juga tidak terlepas daripada kontroversi dan gosip daripada orang ramai namun, sedikit pun tidak menggoyahkan semangatnya selama berada di dalam dunia hiburan ini dan pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini juga kelihatannya tidak kekok untuk berkongsi kepada pihak media berkenaan dengan kisah percintaannya dengan seseorang yang juga merupakan selebriti iaitu Kamal Adli.

Pernah bergandingan dalam pembikinan drama yang sama menjadikan hubungan mereka semakin rapat dan khabar gembira dari mereka pastinya antara yang ditunggu-tunggu oleh para peminat yang lain.

Uqasha bakal berkahwin?

Terbaharu, 'posting' salah seorang pereka fesyen yang dikenal sebagai Shanel Harun ada memuat naik video yang memaparkan Uqasha sedang memilih kain di sebuah gedung kain.

Masih tidak mendapat kata putus daripada tuan empunya badan iaitu Uqasha sendiri namun, orang ramai seperti dapat mengagak artis kegemaran mereka bakal mengumumkan khabar gembira itu tidak lama lagi.

'Tak sabarnya!'

Di samping itu, mereka turut tak ketinggalan mendoakan agar segala urusan Uqasha dan pasangan dipermudahkan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen