Tak lepas peluang beribadah sempena Nisfu Syaaban, netizen kagum dengan suami Lana Nordin

Oleh: Zuzu Yasmine

Keluarga bahagia Lana Nordin sememangnya menjadi perhatian netizen, bukan kerana kecomelan anak-anaknya sahaja namun, kesungguhan suaminya David McKienzie dalam mendalami ilmu agama.

Terbaru, Lana ada memuat naik video di Instagram yang memaparkan suaminya sedang mendirikan solat bersempena malam nisfu syaaban beberapa hari lalu.

Mohon doa malam Nisfu Syaaban

Menurut pelakon drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ itu, dia bersyukur kerana suaminya tidak ketinggalan melakukan amal ibadah dan memohon doa pada malam yang penuh berkah itu.

“Malam nisfu Syaaban, walaupun tak sempurna tapi alhamdulillah aku bersyukur suamiku tak ketinggalan mengambil kesempatan untuk beribadah dan berdoa.

“Semoga Allah memakbulkan doa kita agar wabak pandemik ini berakhir sebelum menjelangnya Ramadhan dan Syawal, amin,” tulis Lana di ruangan kapsyen.

Perlahan-lahan belajar solat

Meskipun segelintir netizen mempersoalkan akan posisi solat lelaki itu, namun pelakon berusia 41 tahun itu menjawab dengan tenang akan persoalan tersebut sekaligus pertahankan suaminya.

“Ramai tegur posisi dia solat, tak pe saya bagi dia perlahan-perlahan belajar supaya dia selesa dan tak rasa saya tekan dia untuk solat.

“Anyway yang penting di dalam hati dia niat untuk solat, adakah anda semua cukup jaga 5 waktu solat?? Tepuk dada sendiri,” tambahnya lagi.

Alhamdulillah besar pahala

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji akan tindakan Lana dan suami yang terus menerus berusaha menjadi seorang muslim yang baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen