Allah Temukan Jodoh Kita Pada Keadaan Dan Masa Yang Tepat.

Alhamdulillah sangat seronok berada di kampung halaman bersama keluarga yang tercinta. Hati ini sangat tenang apabila dekat dengan orang yang kita suka dan sayang. Begitu jugalah acik selalu ditanyakan oleh sedara mahupun orang yang lebih tua, bila nak kahwin? tak ada calon lagi? Sehinggakan kadang kala malas untuk menjawab soalan yang sama. Kadang kita percaya dia jodoh kita, kita "couple" dari sekolah dan setia dengannya tetapi di akhirnya dia bukan untuk kita. Dia kawin dengan orang lain. Kita merancang, Allah juga merancang untuk kita dan Dia jugalah sebaik perancangan untuk kita.



Single tak semestinya tak laku. Umur 14, 15, 17 dah pandai bercinta, hebat.. tapi..Umur dah 21,22 sehingga 30 belum ada teman istimewa? Kita dah berusaha tetapi belum lagi bertemu dengan orang yang sesuai dengan kita. Kita akan terus diuji dan diuji lagi-lagi soal jodoh. Jadi kita haruslah terus berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Ketika kita bersedih soal cinta, kecewa kerana cinta dalam kita tak tahu mungkin Dia sedang rancangkan sesuatu yang Maha Hebat yang kita tak pernah fikirkannya. Dalam hidup ini kita memang ada hak untuk bercinta dengan siapa yang kita suka dan dia juga sukakan kita, kita punya hak untuk setia sehingga hujung nyawa untuk orang yang kita sayang, tak salah. Kita merancang dan Allah yang menentukan. Jodoh itu memang rahsia Allah semua orang katakan macam tu, tapi berapa ramai antara mereka yang percaya dan yakin dengan jodoh Allah?



Jodoh itu Allah berikan bertepatan dengan keadaan dan masa yang bersesuaian dengan kita. Kadang kita berharap sangat dia jodoh kita, tapi dia bukan jodoh kita. Ada pula kita harap sangat dia bukan jodoh kita, kita benci dia tapi akhirnya kita tersuka dengannya dan ternyata dia memang jodoh kita bersamanya hingga hujung nyawa. Ramai yang sanggup berkorban apa saje untuk pastikan dia adalah jodohnya, sanggup abaikan ibu bapa, nasihat dari kawan-kawan untuk mendapatkan cinta sejati dan cinta mutlak dua insan yang bercinta. Padahal cinta sejati adalah cinta yang berlandaskan cinta semata-mata kerana Allah. Jodoh kita mungkin sebenarnya dekat dengan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin ada beberapa halangan lagi untuk kita berjumpa dengan jodoh kita.

Saat kita nak berjumpa dengannya ada sahaja halangan dan dugaan yang tidak diduga. Ketika kita rasa kita dah bersedia dari segi mental dan fizikal tetapi dugaan datang bertimpa-timpa. Nak kawin kena berhenti kerja, kereta rosak, kemalangan dan sebagainya. Kita merungut apa yang berlaku. Bayangkan kalau ketika itu juga nak kawin? nak beri makan apa anak orang. Jadi Allah telah tetapkan kita bertemu dengan jodoh kita bertetapan dengan keadaan dan masa yang bersesuai dengan kita. Ketika Allah rasa kita sudah sedia sepenuhnya untuk melayari bahtera ke alam perkahwinan maka dia temukan dengan seseorang yang selayaknya untuk kita.



Jadi kenapa perlu takut?

Dia tahu yang terbaik untuk kita, mulut orang kita tak dapat nak tutup, cepat atau lambat jodoh kita itu Dia juga yang telah uruskan. Kita jalani dan baiki diri agar kita jadi jodoh yang baik untuk seseorang yang akan menjadi penghiasi hidup kita.Inilah suatu kaji kehidupan secara terperinci untuk membuka akal dan hati kita melalui firman ALLAH Subhana wa Ta’ala yang berbunyi :

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah. Adz-Zaariyat : 049.

Tak perlu sangsi dengan ketertuanNya, kerana Dia tahu yang terbaik untuk kita. Paling penting kita jalani kehidupan kita sebagai muslim sejati. Kita berusaha, bertawakal dan berserah pada Allah soal jodoh kita. Bukankah Allah sudah menjanjikan kepada hamba-hambaNya bahwa lelaki yang baik akan mendapatkan wanita yang baik pula? Kecuali sebagian kecil diantaranya untuk dijadikan pembelajaran bagi hambaNya.

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Kaum hawa yang acik hormati sekalian, boleh jadi Allah menunda waktu kamu untuk bertemu dengan jejaka idaman karena persiapan kita yang belum matang untuk memasuki dunia tersebut, boleh jadi dari diri kita masih banyak hal yang harus kita perbaiki terlebih dahulu. Maka perbaikilah dirimu menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik lagi.



Senantiasa berdoa khususnya di waktu-waktu mustajab.

Jangan malu atau malas untuk berdoa kepada Allah agar memudahkan jalan kita menuju. Jika kamu meletakkan kriteria khusus mengenai pasangan kamu nanti, maka sampaikanlah kepada Allah. Sebagai contoh, nak muka orang yang tinggi ,kulit itam manis dan sebagainya. Maka pilih waktu-waktu utama agar doa kita lebih mustajab, seperti saat hujan turun, ketika kita sedang melakukan perjalanan, atau sebagainya.

Jika kita sudah merasa siap dan nak segera untuk menikah, maka tambah pengetahuan kamu tentang dunia alam perkahiwnan, sebagai contoh apa tugas sebagai seorang isteri, dosa-dosa seorang isteri dan dan sebagainya. Jika ikhtiar sudah dilakukan, doa sudah dipanjatkan, maka lengkapilah dengan sabar dan tawakkal. Kuatkan keyakinan kita bahwa jodoh itu akan Allah pertemukan pada waktu yang tepat, Insya Allah. Allah itu sebaik perancangan yang kita ketahui dan dia akan hantarkan selayaknya seseorang itu untuk kita.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen