"Anak kita dah boleh jalan awak..." - Lelaki bawa kembar ziarah ke pusara isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti ramai yang masih ingat akan kisah seorang wanita, Siti Nur Nasuha Safie yang meninggal dunia akibat komplikasi ketika melahirkan anak kembarnya tahun lalu.

Tidak sempat menatap wajah anak kembarnya, pemergian ibu muda itu telah genap setahun malah, baru-baru ini suaminya Syazwan Najmi Zulkarni membawa anak kembar mereka iaitu Nur Medina Safiya dan Nur Medina Sofiya ke pusara Allahyarham.

Genap setahun pemergian isteri tercinta

Bapa tunggal berusia 24 tahun itu berkongsi sebuah video memaparkan aksi anak kembarnya ketika menziarahi pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.

“Abiy bawa kakak, adik pergi kubur ibu. Alhamdulilah anak kita dah cukup setahun dah, anak kita dah boleh jalan dah awak.

“Anak kita sihat comel, baik cute macam awak. Saya datang dengan anak-anak ni sedekahkan al-Fatihah untuk awak. Saya dan anak-anak selalu doakan,” tulisnya di ruang kapsyen.

Video berdurasi dua minit 42 saat itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata sebak melihat moment tersebut, selain turut mendoakan agar Najmi terus tabah dalam membesarkan anak-anaknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen