"Tak pernah sekalipun dibasuh..." - Budak perempuan hanya mampu peluk baju t-shirt ayah ubat rindu

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehilangan seseorang dalam hidup bukanlah satu perkara yang mudah untuk diterima atau dilalui, lebih-lebih lagi jika dia merupakan suami serta ayah kepada anak-anak.

Lebih bertambah sedih lagi apabila anak-anak masih kecil dan mengharapkan kasih sayang dan perhatian seorang bapa.

Anak hanya mampu peluk baju ayah

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok berkongsi moment saat anaknya merindui bapanya.

Menurut ibu kepada dua orang anak itu, sehelai baju dari arwah suaminya yang menjadi pengubat rindu buat anak-anaknya.

"Kalau anak-anak lain, boleh rasa pelukan hangat papa. Tapi anak-anak ibu hanya mampu peluk baju terakhir arwah papa pakai,” tulisnya di ruang kapsyen.

Baju terakhir yang sempat disimpan

Tambahnya, dia tidak pernah membasuh baju tersebut malah, baju itu juga adalah baju terakhir dari arwah suaminya yang sempat dia ambil dan simpan.

Berdasarkan video yang dikongsikan, dapat dilihat kanak-kanak perempuan itu memeluk erat baju t-shirt berwarna biru itu ketika tidur yang sememangnya menyentuh hati sesiapa sahaja.

Moga terus tabah

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata turut sebak selain mendoakan agar wanita tersebut dan anak-anaknya terus kuat. Malah, ada juga warganet yang memahami keadaan yang dialami wanita itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen