10 tahun digantung tak bertali, gadis akhirnya terima lamaran dari jejaka 3 bulan kenal

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta bertahun-tahun belum tentu berakhir di jinjang pelamin, boleh jadi yang berkenalan hanya sebulan dua itulah yang serius membawa ke hubungan halal.

Itulah yang diluahkan oleh seorang gadis apabila berkongsi pengalaman apabila dirinya dilamar oleh seorang jejak yang baru saja dikenali selama tiga bulan.

10 tahun digantung

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang gadis bernama Humairah, dia berkongsi kisah akan pengalamannya dalam mencari jodoh.

Menurut gadis tersebut, dia pernah berkenalan dengan seseorang selama 10 tahun namun tak berakhir di jinjang pelamin.

Akan tetapi, lain pula nasibnya selepas berkenalan dengan seseorang jejak selama tiga bulan dan terus mengikat tali pertunangan.

Keluarga tak pernah jumpa

Tambahnya, keluarga pasangan ataupun pihaknya tidak pernah berjumpa dan hanya berkenalan saat majlis pertunangan.

Lebih unik lagi apabila pasangan ini hanya bertemu empat kali sahaja sebelum mengikat tali pertunangan mereka.

Humairah juga mengatakan bahawa dia merana dalam hubungan tergantung selama ini namun, tidak sangka Allah memberi seseorang yang serius dengannya.

Dah kenal lama tak semestinya kahwin

Perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah selain netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengannya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen