Simpati nasib pengantin, Mua Bellaz bakal sponsor mekap & baju pengantin buat gadis ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini tular akan seorang pengantin meluahkan rasa kecewa apabila hasil solekan yang diterima daripada seorang mak andam tidak memuaskan hatinya.

Menerusi perkongsian Yana Nazaruddin, dia bukan sahaja kecewa akan hasil solekan tersebut namun, crown yang dipakai telah buruk serta veil juga lusuh putihnya.

Rugi bayar mahal

Difahamkan, mak adam tersebut berpengalaman lebih 31 tahun membuatkannya tidak mahu meminta maaf serta tidak mengaku salah.

“Sumpah membazir duit hire mak andam terjun. Permintaan maaf bila ditegur langsung tak wujud ya dan tak boleh terima kenyataan. Tak boleh berbincang,” luah Yana.

Sehubungan dengan itu, seorang MUA terkenal iaitu MUA Bellaz telah tampil membantu pengantin tersebut untuk mengembalikan memori yang indah sempena hari bahagianya.

MUA Bellaz sponsor 

Menerusi perkongsian MUA Bellaz di laman Facebook miliknya mengatakan bahawa dirinya akan menaja make up serta persalinan baju pengantin untuk membuat pengantin tersebut gembira.

Bakal jumpa Bellaz

Malah, Yana juga memaklumkan bahawa selepas mendapat rentas negeri dia akan bertemu dengan MUA terkenal tersebut.

Dalam pada itu, Yana juga berterima kasih kepada mereka-mereka yang ingin menaja solekan buat dirinya.

"Terima kasih jugak kepada MUA- MUA yang sudi sponser makeup. InshaAllah lepas PKPB dan dapat kebenaran merentas negeri saya akan berjumpa MUA Bellaz," ujarnya.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai yang memuji akan keikhlasan MUA terkenal itu selain turut tidak sabar melihat hasil wajah Yana selepas kena sentuhan Bellaz.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen