"Sekatan jalan raya akan diperketatkan menjelang Ramadan."-PDRM

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi menjelang bulan Ramadhan namun, wabak Covid-19 masih lagi belum bertemu noktahnya. Meskipun bazaar ramadhan dan pusat beli belah sudah dibuka bagi membuat persediaan menyambut bulan suci itu tetapi rasa rindu orang ramai terhadap keluarga tercinta di kampung halaman pula bagaimana?

Menerusi kenyataan yang dilaporkan oleh Harian Metro, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri bagi tujuan pulang ke kampung menyambut Ramadan.

Selain itu, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamtan Komuniti Bukit Aman iaitu Datuk Zainal Abidin Kasim memaklumkan bahawa pihaknya akan memastikan pemeriksaan ketat akan dilakukan di setiap sekatan jalan raya (SJR) dan hanya mereka mempuntai dokumen perjalanan lengkap sahaja dibenarkan untuk merentas negeri.

Peningkatan cubaan rentas negeri menjelang Ramadan

Ekoran keputusan itu, pihaknya percaya akan ada peningkatan cubaan rentas negeri menjelang Ramadan yang dijangka disambut pada 13 April ini untuk balik ke kampung memandangkan pada tahun lalu tidak dapat berbuat demikian.

"Pelbagai cara digunakan orang awam untuk rentas negeri balik ke kampung jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di SJR bagi memastikan tiada yang terlepas."

"Kalau ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP)."

-Datuk Zainal Abidin-

Kekalkan pematuhan SOP

Di samping itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengambil berat akan pematuhan SOP kerana keputusan untuk pulang beraya di kampung bergantung kepada sejauh mana pematuhan SOP rakyat.

"Kita akan tengok jumlah peningkatan kes harian Covid-19 kalau meningkat, maknanya kita akan menambah SJR"

"Program ini akan diperluaskan ke seluruh negara jika kajian impak dalam tempoh tiga bulan menunjukkan kesan positif selain dapat menurunkan kadar jenayah di taman perumahan."

-Datuk Zainal Abidin-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen