Didakwa langgar SOP dan salahguna kebenaran rentas negeri, Neelofa minta ruang untuk selesaikan

Hari demi hari pelbagai spekulasi dan kontroversi yang sering menjadi bualan hangat wargamaya bermula daripada majlis perkahwinannya yang dikatakan telah melanggar SOP hinggalah apabila pasangan selebriti ini didakwa melakukan cubaan merentas negeri.

Berhubung dengan perkara tersebut, pihak media sempat menemu bual Neelofa untuk mendengar penjelasannya sendiri bagi mensahihkan andaian orang ramai walaupun dia sendri telah menjelaskan tujuannya ke Langkawi adalah atas urusan kerja namun, apa yang dilihat oleh orang ramai pula adalah sebaliknya apabila pasangan tersebut ada memuat naik beberapa keping gambar di Story IG yang sepertinya sedang berbulan madu.

'Berikan saya ruang'

Menurut Neelofa, dia mahu menyelesaikan isu dakwaan menyalahguna kebenaran rentas negeri serta majlis pernikahannya yang dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) secara tertutup tanpa tekanan pihak luar.

"Berikan saya ruang untuk selesaikan ini secara tertutup dan profesional dengan pihak berkaitan."

"Biar saya selesaikan secara tenang tanoa melibatkan tekanan daripada mana-mana pihak."

"Kalau ada tindakan atau tiada tindakan (daripada pihak polis), saya akan selesaikan sendiri."

-Neelofa-

Tak semua benda perlu dikongsi

Di samping itu, dia turut memaklumkan bahawa tiada keperluan pun untuk dirinya mendedahkan segala perancangan melibatkan kerjanya kepada umum.

"Saya rasa tidak semua perkara saya perlu berkongsi kepada netizen (berkaitan kerja)."

"Saya tidak mahu bercakap lebih kerana enggan memudaratkan keadaan."

-Neelofa-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen