Nak rentas negeri, wajib senaraikan 'itinerary' di balai polis?

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular satu foto di media sosial yang dipercayai arahan daripada ketua polis daerah berhubung kebenaran rentas negeri sama ada untuk pelancongan atau sebaliknya.

Difahamkan, arahan tersebut dikeluarkan ekoran isu instafamous dan selebriti yang salah mengunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan oleh pihak polis.

Menurut foto yang tular itu, pemohon yang ingin merentas negeri perlu menunjukkan bukti aktiviti setiap hari dipohon.

“Contoh jika tiga hari, apa aktiviti tiga hari tersebut,” tulis di gambar tersebut.

Tidak itu hanya, pemohon juga tidak dibenarkan untuk membawa kad pengenalan sahaja malah wajib menyediakan dokumen sokongan.

Arahan tersebut juga menyatakan bahawa pegawai polis yang bertugas akan lebih teliti setiap pemohonan borang rentas negeri yang dimohon.

“Pegawai Polis yang bertugas perlu lebih detail semasa mengeluarkan borang rentas negeri,” jelasnya.

Perkongsian tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen selain turut menyelar akan tindakan selebriti dan instafamous yang dikaitkan akan isu tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen