Bercinta dari zaman sekolah, gadis bersyukur 10 tahun menanti akhirnya ke jinjang pelamin

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa kata bercinta dari zaman sekolah hanya sekadar cinta monyet dan tidak boleh bawa ke jinjang pelamin. Mana tahu semuanya boleh berakhir dengan bahagia jika memang telah ditakdirkan bersama.

Itulah yang dibuktikan oleh pasangan ini apabila percintaan dari zaman sekolah telah membuahkan hasil selepas mereka disatukan dengan ikatan perkahwinan.

10 tahun menanti

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh seorang gadis dikenali Wanni Zakaria memaparkan sedikit perjalanan kisah cinta mereka.

Menurut gadis berkenaan, hampir 10 tahun dia setia menunggu rakan baik yang dikenali sejak zaman sekolah lagi.

“Kenal dari tahun 2011, start berkawan tahun 2012,” kongsinya menerusi video.

Tunang 6 bulan

Difahamkan, mereka telah mengikat tali pertunangan selama enam bulan sebelum disatukan tidak lama selepas itu.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata begitu kagum akan pasangan ini yang pertahankan hubungan begitu lama selain turut dihujani tahniah dan doa buat mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen