"Tiba-tiba naik marah..."-Wanita berdepan detik cemas didatangi lelaki tak dikenali di parkir kereta

Memandu sendirian pada waktu malam amat berisiko lebih-lebih lagi pemandu tersebut adalah seorang perempuan kerana sekiranya ada sesuatu yang tidak diingini berlaku, sukar untuk mereka mengawal keadaan.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo, seorang kerani syarikat swasta telah diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya yang mana kejadian tersebut berlaku di parkir sebuah Kondominium You Vista, Cheras.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang menerima laporan berhubung kes tersebut daripada mangsa sekitar jam 2.41 petang  pada hari yang sama mendakwa telah diganggu suspek.

Didatangi individu tak dikenali

Bercerita tentang kejadian tersebut, mangsa secara tiba-tiba didatangi oleh suspek yang menunggang motosikal dan dikatakan sepertinya dia ingin bertanyakan sesuatu namun, tidak jelas kedengaran suaranya sebelum mengambil keputusan untuk membuka seluar.

"Ketika kejadian mangsa sedang meletakkan kenderaan di kawasan parkir di kondominium itu, secara tiba-tiba dia didatangi suspek yang menunggang motorsikal jenis tidak pasti berhampiran tingkap keretanya."

"Suspek dikatakan seperti hendak bertanyakan sesuatu, bagaimanapun percakapannya tidak jelas dan individu tersebut didakwa cuba untuk membuka seluar."

-Mohd.Zaid Hassan-

Suspek bertindak agreasif

Suspek yang dikatakan merupakan seorang warga tempatan itu bagaimanapun telah bertindak agreasif apabila naik marah secara tiba-tiba kemudian mengambil objek seperti batu dari dalam bakul motornya lalu membaling ke arah cermin tingkap menyebabkan cermin kerata mangsa pecah.

"Lelaki warga tempatan itu secara tiba-tiba naik marah lalu mengambil satu objek dari dalam bakul motorsikalnya yang dipercayai batu dan bertindak membaling ke arah cermin tingkap kerata mangsa menyebabkan ianya pecah.

"Tidak cukup dengan itu, suspek cuba merampas telefon bimbit milik mangsa namun, tidak berjaya. Mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong menyebabkan suspek melarikan diri."

-Mohd. Zaid Hassan-

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen