Berang ditegur makanan lambat siap, 'rider' ditampar pemilik kedai

Cabaran sebagai seorang penghantar makanan ini sangat mencabar, bukan sahaja perlu berdepan dengan pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam tetapi perlu juga berdepan dengan bahaya di jalan raya dan tak lupa juga 'angin' pemilik mana-mana premis makanan.

Benar tempahan yang diterima oleh premis-premis makanan akan banyak di waktu yang kemuncak seperti waktu makan tengahari dan malam, namun itu bukanlah asbab itu kita boleh melakukan sewenang-wenangnya kepada 'rider' jika operasi premis bermasalah kerana tugas mereka hanyalah menghantar.

Namun, lain pula kisahnya dengan video yang viral ini apabila 'rider' yang perlu mengambil makanan di sebuah restoran ditampar oleh pemilik kedai walhal silapnya itu datang daripada pemilik kedai makan tersebut kerana gagal menyiapkan pesanan tepat pada waktunya.

Kini video itu sedang tular di media sosial dan sudah pastinya menimbulkan marah orang ramai melihat keangkuhan pemilik kedai tersebut sedangkan 'rider' itu lebih memilih untuk tidak balas tindakan tersebut barangkali masih ada rasa sabar dan hormatnya.

Tindakan pemilik kedai undang kecaman

Di samping itu, orang ramai turut menasihatkan agar 'rider' tersebut membuat laporan polis di atas kejadian yang menimpanya kerana jika tiada tindakan yang bakal dikenakan mungkin kejadian itu akan berulang kepada orang lain pula.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen