Terpaksa bersanding seorang diri, pengantin lelaki cuma nak ambil gambar di belakang pelamin

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang bergelar raja sehari tentunya sangat teruja menanti saat persandingan di majlis idaman mereka.

Mana tidaknya, perkara tersebut hanya datang sekali seumur hidup malah masa ini juga nak menikmati busana yang lebih anggun dan cantik.

Bagaimanapun, lain pula dengan nasib wanita ini apabila hajat bersanding bersama suami tercinta musnah apabila terpaksa duduk di pelamin bersendirian.

Pengantin bersanding seorang diri

Menerusi video dimuat naik di aplikasi TikTok seorang juru solek, memaparkan pengantin perempuan telah siap berdandan.

Walau bagaimanapun, pengantin perempuan terpaksa bersanding seorang diri tanpa teman disisi namun, tidak pasti mengapa punca disebalik perkara itu.

Meskipun begitu, suaminya yang berpakaian biasa berlembut hati untuk mengambil gambar bersama walaupun bukan di atas pelamin. Sekurang-kurangnya boleh jadi memori bersama kelak.

“Dah punya isteri mungkin”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya mengapa suaminya sanggup melakukan perkara tersebut selain geram akan tindakan lelaki berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen