"Hanya mampu lihat dari jauh..." - Wanita cekal raikan majlis kahwin bekas suami bersama anak kecil

Penceraian tidak bermakna perlu saling membenci namun, perlu kekal baik demi anak-anak yang sedang meningkat dewasa.

Bagaimanapun ketabahan seorang wanita yang hadir ke majlis kahwin bekas suaminya bersama anak kecil sememangnya mendapat perhatian sekaligus pujian ramai.

“Selamat pengantin baru”

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok memaparkan seorang wanita mendukung anak kecil bersama seorang lelaki yang lengkap dengan persalinan pengantin.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Ieda Zulkifli itu mengatakan bahawa dia hanya mampu melihat lelaki tersebut dari jauh sebelum menghilangkan diri.

“Saya mampu melihat dari jauh awak dan dia. Semoga bahagia dan saya akan pergi jauh,” luahnya menerusi video tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Ieda juga sempat menitip pesan buat bekas suaminya agar menjaga isteri dengan sebaik mungkin.

“Jagalah dia sebaik mungkin,” pesannya.

Berdasarkan video tersebut, Ieda juga merakamkan ketika bekas suaminya menyuap makan pada isteri baru selain turut berada ketika lelaki berkenaan akad nikah.

“Hati awak kuat”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan ketabahan wanita berkenaan sekaligus mendoakan kebahagiaan buat dirinya.

Anda masih keseorangan?

884,293 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen