Tular isu selebriti salah guna kebenaran rentas negeri, kini Dato Hattan pula bersuara

Baru-baru ini telah tular notis dari sebuah balai polis yang memaklumkan bahawa bagi sesiapa yang ingin merentas negeri selain perlu mengisi borang, mereka juga perlu menunjukkan bukti aktiviti selama mana berada di kawasan yang ingin dituju dan semuanya berhubung kait dengan isu seorang selebriti/instafamous didakwa menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diperoleh.

Tidak hanya dengan itu, keluar pula satu kenyataan lain bahawa PDRM akan memperketatkan lagi sekatan jalan raya (SJR) menjelang bulan Ramadan ini kerana dapat dilihat peratusan cubaan individu merentas negeri akan meningkat.

Susulan perkara tersebut, orang ramai mula naik berang dengan sikap pentingkan diri sesetengah selebriti dan individu yang tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya berkongsi foto seperti bercuti walhal tujuan sebenarnya adalah atas urusan kerja dan perkara tersebut pastinya akan menimbulkan pelbagai kontroversi dan andaian termasuklah dalam kalangan sesama selebriti.

Dato Hattan pula bersuara

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Dato Hattan, beliau meluahkan rasa terkilannya dengan sikap selebriti yang pentingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab kerana tidak menjaga sensitiviti orang ramai yang sudah sekian lama menunggu peluang  rentas negeri untuk berjumpa dengan insan tersayang.

 

"Kau nak pergi mana pun itu kau punya pasal, yang kau upload semua benda tu pasal apa?"

"Ini sifat yang tak bertanggungjawab..."

"Kesianlah dekat orang, nak bulan Ramadan tak dapat balik kampung, silap-silap semua tak boleh balik kampung..."

Itulah antara ayat-ayat daripada pelantun kepada lagu Rendang Tak Berbuah itu dan memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang menyokong kenyataan tersebut.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

884,300 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen