"Dikerumuni semut & berbau busuk..." - Bayi ditemui maut dalam kotak

Anak merupakan amanah yang dikirim buat kedua ibu bapanya, malah ramai pasangan suami isteri lakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat mereka.

Baru-baru ini tular akan di media sosial akan seorang lelaki yang menemui sebuah kotak yang memiliki sebujur tubuh bayi tidak bernyawa.

Tersedar kotak kelihatan bersih

Menerusi seorang pengguna Facebook bernama Him Akmal, dia awalnya melakukan edaran nasi lemak percuma di sebuah bus-stop.

Selepas selesai lakukan tugasnya, dia tersedar akan ada sebuah kotak berhampiran di kawasan edaran.

Terasa berat dan ada beg

Rasa ingin melihat membuat dia cuba menolak kotak tersebut sebelum mencuba untuk membukanya.

“Him cuba tolak kotak tu perlahan-lahan dan rasa macam berat je, rasa macam ada sesuatu dalam kotak ni. Him pun beranikan diri untuk bukak kotak tu dan ternampak ada beg dalam tu,” kongsinya.

Bayi sudah tak bernyawa

Menurutnya, dia yang rasa tidak sedap hati kerana kotak tersebut mengeluarkan bau kurang enak telah membuat keputusan untuk menghubungi polis.

“Him nampak bonjolan bulat kain putih seakan-akan membentuk kepala. Ternampak juga semut-semut mengerumuni beg dan ada keluar sedikit bau yang tidak menyenangkan juga pada masa tu,” jelasnya.

Tambahnya, setelah pihak polis membuat siasatan dan mendapati bayi di dalam kotak tersebut sudah tidak bernyawa lagi pada ketika itu.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersimpati akan nasib bayi tersebut selain merasakan tindakan tersebut sesuatu yang kejam.

Anda masih keseorangan?

884,300 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen