Dipercayai putus cinta, lelaki tak berkasut meluru naik pelamin sambil berzikir

Tular seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta telah menyerbu masuk ke ruang majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebelum menaiki pelamin kosong.

Menerusi akaun Twitter rasmi JAWIKL telah memuat naik gambar seorang lelaki serta dua pengawal keselamatan di sisi.

"Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.

"Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta. Kami doakan mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan, jalan keluar, dan kemudahan kepada pemuda tersebut menghadapi ujian berat di dalam hidupnya," kongsi laman Twitter tersebut.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersimpati akan nasib menimpa pemuda berkenaan.

Anda masih keseorangan?

884,287 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen