"Asyik barang mama je..."-Anak nangis tersedu tengok ibu kerap terima barang 'shopping online'

Berbelanja secara dalam talian (online) amat popular dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Selain tidak perlu berhadapan dengan kesesakan orang ramai, ia juga dapat memudahkan urusan terutamanya bagi yang mempunyai anak kecil kerana itu mungkin akan menyukarkan mereka untuk bergerak ke mana-mana.

Susulan daripada perkara itu, maka semakin meningkatlah jumlah kutipan barang yang diterima oleh syarikat kurier lebih-lebih lagi apabila adanya potongan harga pada tarikh-tarikh istimewa dan semuanya itu perlu dihantar dengan segera bagi mengelakkan berlakunya lambakan barang dan pelanggan juga akan tersenyum lega apabila barang pesanan mereka selamat tiba.

'Asyik barang mama je'

Pun begitu, dalam gembiranya kita apabila menerima barang yang dibeli rupanya ada insan lain yang sedang berduka seperti di dalam video yang dimuat naik oleh pengguna warga Tiktok ini.

 

@aliysar20

Apabila ko asyik shopping online je. Anak pun jealous sebab tak belu barang kat dia 😂#foryoupage #fyp #fypシ #fypsounds #foryou #CapCut

♬ What Lovers Do - 李毅然•

 

 

Video tersebut memaparkan reaksi anaknya yang tersedu-sedu nangis apabila melihat barang mamanya kerap datang ke rumah namun, tiada pula antara barang-barang tersebut untuknya.

'Samalah dengan anak saya'

Meninjau ke ruangan komen pula, nyata itulah situasi yang dilalui oleh kebanyakan para ibu di luar sana apabila menghadapi anak-anak yang mula bertanyakan tentang barang untuk mereka.

 

'Kesiannya dia'

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen