Melalui Cinta Tak Di Sangka-Sangka.

Assalamualaikum..

Hai semua, apa khabar hari ini? Sebelum itu marilah kita ucapkan syukur ke atas nikmat yang Allah berikan pada kita. Marilah berselawat ke atas junjugan besar nabi Muhammad saw. Setiap hari memang tak pernah putus orang bertanya soal jodoh, cinta dan sewaktu dengannya. Tersenyum di buatnya kerana cinta itu mempunyai kekuatan yang di luar jangkaan. Jodoh itu sememangnya rahsia Allah yang tersembunyi rapi untuk kita. Kita perlu berdoa dan berusaha untuk mendapatkannya. Tetapi siapa menduga cinta itu datang tanpa di sangka-sangka. Acik ada cerita yang di kongsi kepada kamu, hal ini berlaku kepada orang sekeliling acik. Ada seorang rakan rapat acik, dia hanya pernah berjumpa sekali itupun ketika di pasar malam. Si lelaki datang kepadanya untuk berkenalan dan mereka pun berkenalan. Selepas itu ada pertemuaan ke dua. Lelaki itu rasa selesa bersama kawan acik ini dan melafazkan untuk melamarnya sebagai isteri.



Kawan acik jadi serba salah, sebab baru sangat kenal dan dia takut kalau pilihannya salah. Jadi acik sarankan bahawa dia buat solat istikarah dan dia lakukan selama 3 hari berturut-turut dengan tenang untuk meminta petunjuk dari Allah. Tetapi dalam jangkaan itu tiada petunjuk tetapi dia kuat katakan terima sahaja mungkin itu jodohnya. Selepas 3 bulan lepas itu mereka berkahwin. Alhamdulilah mereka bahagia ,sekarang ini dah ada anak 4 orang. Nasihat dia berikan pada acik adalah:

1. Untuk mendapatkan yang baik kita berusaha untuk jadi baik.

2. Kalau seorang sedang panas (marah) dan yang seorang lagi itu kalau boleh jalan layan dan ketika dia gembira tegurlah dan nasihatnya apa yang dia lakukan.



3. Percayalah jodoh Allah dan jangan lupakannya ketika kita senang dan susah.

4. Jangan terlalu memilih lagi-lagi soal hartanya.

Cinta tak dijangka sering jadi kepada sesiapa sahaja. Beruntunglah mereka yang mendapatkannya dan mampu bertahan begitu lama. Ianya terjadi kepada seorang kawan kenalan acik. Dimana cinta berputik dari sebuah blog. Dia suka mengikuti blog kawan kenalan acik, memang setiap hari dia ke sana dan memberikan pendapatnya. Jadi si blogger itu jadi tanda tanya siapakah dia? Dan mereka pun saling berkenalan dan jatuh cinta. Mereka telah pun 20 tahun berkahwin.

Rahsianya yang di berikan pada acik:

1. Kepercayaan itu sangat penting.

2. Jangan terlalu mendedahkan cerita keluarga kita di laman sosial, banyak yang mengapikan dari menasihati.

3. Selalu berdoa kepada untuk kebahagiaan dan kekuatan untuk mengharungi ujianNya.

4. Segala apa pun perlu berbincang dan kamunikasi sebenarnya sangat penting.



Kisah kehidupan kita berlainan dan ada yang bahagia dengan pilihannya dan ada juga kehidupannya perit dan onak berduri dan di situ ujian untuk kita. Tidak semua bernasib baik memiliki cinta yang sejati tetapi Allah selalu ada untuk kita, dia tak pernah jauh dari kita. Berdoalah dan berdoa jangan pernah berhenti berharap.

“Dan pada sisi Allah SWT-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia. Dia mengetahui semua yang terdapat di darat dan laut, dan tidak ada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan sebutir biji-pun tidak akan jatuh dalam kegelapan bumi, dan tidak ada sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam kitab yang nyata iaitu Luh Mahfud.

(Surat al-An’am, ayat: 59)

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen