Perkhidmatan 'surprise delivery' kini semakin popular. Meskipun saling berjauhan dengan orang yang tersayang namun masih boleh lagi menyambut hari istimewa mereka dengan membuat tempahan menggunakan khidmat ini.
Melihat warna-warni belon yang dihiasi dengan hiasan tambahan dan diselitkan sekali ucapan khas pastinya membuatkan hati penerima berbunga-bunga melihatnya namun, lain pula yang terjadi kepada seorang 'surprise planner' ini.
@ikaaa______21 ceritaa harii nii..kali pertamaa hntar kt custumerr belonn pecahh depan tuan punya bouquet🤣🤣🤣🤣🤣
♬ Teman - Iman Troye
Rakaman video tersebut memaparkan detik bagaimana belon jenis helium yang dibawanya pecah betul-betul depan mata pelanggan dek kerana terkena barang di dalam kedai tersebut sewaktu sedang berjalan menghampiri penerima belon tersebut.
Siapa yang tak terkejut melihat situasi itu namun, itulah risiko yang memang semua 'surprise planner' akan hadapi.
Tinggalkan Komen