Tak kesampaian timang cahaya mata ketiga, Syatilla Melvin alami keguguran

Buat pasangan yang sudah berkahwin, memiliki zuriat adalah saat yang ditunggu-tunggu dan apabila mendapat tahu khabar gembira itu pastinya kedua-duanya akan memanjatkan rasa syukur kerana tak semua pasangan di luar sana berpeluang merasai moment tersebut.

Terbaharu, meskipun sudah memiliki dua orang cahaya mata namun, Syatilla Melvin sedikit terkilan apabila dirinya mengalami keguguran saat usia kandungannya memasuki usia lapan minggu.

Baru tahu lepas buat pemeriksaan

Menurut pelakon tersebut, dia mengetahui tentang keguguran itu ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik pada Selasa.

"Sebenarnya saya baru tahu pregnant... tapi tak ada rezeki untuk anak ketiga. Ikutkan kandungan saya sudah mencecah lapan minggu tapi semalam, doktor sahkan kandungan saya terbantut...tak berkembang."

-Syatilla Melvin-

Bukan kali pertama gugur

Bercerita tentang kegugurannya, Syatilla mendedahkan bahawa itu merupakan kali ketiga dia mengalami keguguran dan menurutnya lagi, sebelum melahirkan anak pertama dan kedua, dia pernah mengalami dua kali masalah yang sama.

"Sebenarnya, ini merupakan kali ketiga saya alami keguguran. Kali pertama, sebelum Syeriv dan kedua sebelum Sarima. Buat masa sekarang, saya harap janin akan gugur sendiri...kalau tidak, saya akan lalui proses mencuci rahim."

-Syatilla Melvin-

 

Reda dengan takdir

Di samping itu, Syatilla akui sedih akan berita keguguran tersebut kerana dia dan suami iaitu Syahiezy Sam sudah bersedia untuk menerima ahli baru dalam keluarga namun, mereka reda akan ketentuan Ilahi.

"Memang lah sedih sebab saya pun dah bersedia untuk anak ketiga...tapi saya reda, tak ada rezeki untuk saya dan Sam. Apabila doktor beritahu semalam, Sam terdiam sekejap."

"Tapi dia terima dengan hati terbuka. Syeriv pun dah teruja dan selalu cium perut saya."

-Syatilla Melvin-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen